Blog ni... dah lebih setahun Cikgu cipta.... Tapi Cikgu tak ada semangat atau ilham untuk menulis dalam blog ni.....
Hari ni, rasa bersemangat nak memulakan semula penulisan dalam blog ini .... untuk permulaan ni, Cikgu nak tulis berkenaan dengan Hari Guru. Sudah hampir 10 hari sambutan peringkat sekolah telah dibuat... 17 Mei 2010.
Apakah makna sambutan Hari Guru ni sebenarnya? Hampir tiap-tiap tahun persoalan ini timbul bila Cikgu berada di dewan untuk mengikuti acara sambutan Hari Guru...
Pada pendapat Cikgu.... Hari Guru adalah untuk kita menghargai jasa dan pengorbanan guru... Kita sebenarnya lebih mengenang jasa pada guru yang telah mengajar kita kerana hasil daripada pengajarannya telah ada bukti iaitu kejayaan kita sekarang....
Penghargaan terhadap guru yang sedang mengajar dan masih berada di sekolah itu... sebenarnya tidak begitu mendalam. Itulah perbezaan antara mengenang dan menghargai...
Cikgu ada satu cerita tentang ini.... Hari Guru tahun lepas, ada slot beri ucapan secara on air melalui siaran radio Hot FM. Ada satu panggilan dari seorang pemuda untuk bekas guru perempuannya. Ucapan beliau lebih kurang macam ni....
" terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar cikgu. Cikgu sentiasa sabar dan tak pernah
cikgu putus asa terhadap saya walaupun cikgu pernah menangis kerana saya"
" Terima kasih kepada cikgu.... sekarang saya bekerja dengan National Geographic di
Australia"
Ini satu contoh penghargaan ketika Hari Guru yang Cikgu katakan tadi. Sebenarnya ucapan pemuda itu memberi kesan yang sangat mendalam pada Cikgu... bukan setakat penghargaan tetapi Cikgu mendapat semangat dan pandangan baru dalam dunia pendidikan ini.
Dunia Cikgu di SMK Sungai Besar, Selangor ......
Harapan dan doa pada Hari Guru semoga semua anak murid Cikgu akan berjaya dengan cemerlang dalam SPM & PMR 2010 terutamanya A+ untuk Biology.
Wassalam
[ mengatasi masalah anak-anak yang nakal ]
14 years ago